Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Disember 31, 2007

PERHATIAN!!!!

Nuras yang sekarang ini semakin aktif dalam sikut musik tempatan ingin mencari bassist yang boleh bermain dan menjadi anggota tetap Nuras. Nuras kini dalam suasana praktisnya untuk E.P pertama yang akan menemui peminat musik pop/punk/folk dan alternatif tempatan. Basist wanita diperlukan !!
kreteria:
-Wanita
-Boleh bermain bass dengan baik
-boleh menyanyi dan sebagai vokal latar/harmoni
-berusia 18 tahun hingga 28 tahun
-Berpenampilan menarik
Ayuh kepada kaum hawa yang ingin menjadi rock star seperti Candy, Widy gerhana Skacinta, keeta Kluk-Kluk adventure dan Mawar berduri ahli Fikir. Segera menelefon Nuras di talian 017-3601689 (Nur Azmi). Seisi ujibakat akan diadakan.

Ahad, Disember 23, 2007

Lagu hebat jadi inspirasi Nuras



Soul Asylum dengan lagu evergreennya 'runaway train' antara inspirasi Nur Azmi dalam menulis lagu. Nuras kini dalam pembikinan EP pertama yang agak rumit juga untuk menghasilkannya. antaranya masalah kewangan yang terhad. Kini Nuras dalam perjalanan terangnya untuk EP pertama mereka. Debut Nuras dengan perisa baru dan segar Februari 2008 nantikan.

Gurindam Jiwa Jadi inspirasi Insan berkasih Sayang

Lagu gurindam jiwa ini benar-benar mengingatkan saya kepada insan yang saya kasihi. Dan saya berharap perhubungan antara kami akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya menjadi cinta agung hingga ke anak cucu. Tahniah buat Asmawi Mohter dan Isterinya Yana kerana selamat diijabkabulkan pada 14 hb. Disember 2007 di Sungai Siput, Perak. Asmawi Mohter seperti diketahui ramai merupakan anggota asal band Nuras akan beraksi semula bermula februari 2008 bersama Nuras. beliau akan bergabung tenaga bersama Nurie sebagai gitaris. redwan masih di posisi drum manakala Jani masih setia sebagai part-time member of Nuras.

Doakan juga perhubungan saya (Nur Azmi) bersama kekasih saya Ida Sri akan berkekalan. Lagu gurindam Jiwa jadi santapan. mudahan romantisnya hubungan kami sehingga ke anak cucu.